Our Blog

What we post and publish is awesome!

“18 Tahun Dilayan Seperti Tunggul Kayu” – Lan

PENYANYI Lan meluahkan rasa terkilan apabila dia dilayan seperti orang asing sepanjang 18 tahun bersama kumpulan Kristal.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, berkata ahli kumpulan tersebut tidak pernah berbincang dengannya mengenai apa jua hal membabitkan kumpulan Kristal.

“Saya mengakui tidak pernah berbincang dengan mereka mengenai penyertaan dalam Gegar Vaganza tapi jangan tak tahu mereka juga tidak pernah memanggil saya jika ingin membuat sesuatu keputusan membabitkan kumpulan.

“Saya tak pernah tahu tentang apa-apa program luar membabitkan ahli kumpulan ini. Sudah menjadi kebiasaan saya tidak diberitahu terlebih dahulu.

“Saya seperti tunggul kayu yang tak perlu tahu tentang kumpulan ini.,” katanya kepada mStar Online.

Lan memberi kenyataan balas selepas selesai persembahan pada minggu kelima Gegar Vaganza.

Lan ditemui selepas sidang media Konsert GV4 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Dalam sidang media berkenaan, Lan turut mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Kristal.

Ditanya sama ada akan kembali menyertai Kristal, Lan berkata setelah apa yang berlaku dia sudah tawar hati.

“Dia mahu saya rehat, jadi biarlah saya rehat. Saya dah tawar hati dengan kumpulan ini. Sejujurnya, saya berat hati untuk melepaskan Kristal, 18 tahun saya bersama mereka.

“Bagaimanapun, saya rasakan ini keputusan terbaik dan percaya pada rezeki,” ujarnya.

Foto dan Status yang dimuat naik Rody mendapat perhatian netizen.

Terdahulu, pemain gitar kumpulan itu, Rody melalui laman Instagramnya memuat naik status mengatakan kumpulan Kristal akan merehatkan vokalis mereka dan akan melakukan uji bakat untuk mencari penyanyi baru.

Malah, Rody juga mendoakan Lan berjaya menjadi penyanyi solo seperti yang diinginkan dan dia bersama rakan lain akan memperjuangkan kumpulan tersebut.

Rody mewakili anggota kumpulannya berkongsi entri tersebut selepas Lan meluahkan hasratnya untuk mengembangkan kerjaya solo, selain enggan tertumpu pada genre rock.

Lan juga didakwa tidak berbincang terlebih dahulu dengan mereka untuk menyertai program tersebut.

Selain Lan dan Rody atau nama sebenarnya Muhamad Rodi Baharudin, kumpulan yang ditubuhkan sejak 1999 itu turut membariskan Mohd Nur Asraf Baharuddin (Asraf) dan Muhammad Afifi Nor Mohammad (Afifi).

Sumber; Mstar

Contact

Don't be shy, get in touch with us

56 West, 3 Street, Suite 67 Downtown LA, 123

support-team@mythemeshop.com
123-456-789