Our Blog

What we post and publish is awesome!

6 Tahun Dikurung, Jadi Hamba S3ks Dan Didera Depan Anak-anak

Seorang lelaki didakwa mengurung seorang wanita dan menjadikannya hamba seks selama enam tahun sehingga melahirkan empat anaknya di sebuah apartmen di Pushkino, Moscow.

Memetik Mirror, Rinat Bilyanov juga sering memukul mangsa di hadapan empat anak mereka.

Mangsa berusia lingkungan 20-an itu mendakwa Bilyanov tidak pernah membenarkannya keluar dari rumah mereka yang kecil dan sempit tersebut.

Lebih menyedihkan, Bilyanov menyuruh anak lelakinya untuk memukul mangsa apabila dia dewasa kelak.

“Dia berkata kepada anak kami ‘Bila besar nanti, kau mesti pukul dia macam ni. Tumbuk, sepak terajang dia sebab dia perempuan jahat’.

“Dia cakap macam tu mengenai saya di hadapan anak-anak kami,” kata mangsa.

Pasangan itu bertemu menerusi sebuah laman web mencari jodoh untuk orang Muslim Tatar dan mereka tidak bernikah secara rasmi, tetapi mereka melangsungkan perkahwinan mengikut agama.

Awal minggu ini, mangsa berjaya ‘curi-curi’ menghubungi polis yang kemudiannya membebaskan dia bersama semua anaknya selepas menyerbu rumah itu, lapor laman berita Mash.

“Kami dikurung sepanjang masa. Saya langsung tak boleh ke mana-mana, walaupun sekali-sekala Bilyanov ada membawa anak-anak bersiar-siar di luar.

“Dia sepak dan pukul saya dengan tongkatnya depan anak-anak. Pernah sekali dia pukul saya sampai tongkatnya patah.

“Enam tahun saya merana. Kami tak boleh keluar kerana kunci sentiasa pada dia.

“Dia kata akan membebaskan saya sekiranya keluarga saya memberi dia 2.5 juta Pound Sterling (RM14 juta),” katanya.

Foto: Mirror

Mangsa dan anak-anaknya kini selamat dan berada di tempat perlindungan untuk wanita.

Malangnya, anak-anaknya tidak boleh berkomunikasi dengan baik dan mengalami “masalah tumbesaran”.

Suspek kini berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika sabit kesalahan. – CARI

Contact

Don't be shy, get in touch with us

56 West, 3 Street, Suite 67 Downtown LA, 123

support-team@mythemeshop.com
123-456-789