Our Blog

What we post and publish is awesome!

[KANTOI] HUBUNGAN MIRA FILZAH DAN ZIZAN

RASANYA teknik pura-pura mesra di laman sosial untuk menaikkan rating drama lakonan ni sudah boleh dihentikan kut. Ya lah, bila dilihat terlalu mesra sehingga ada yang bergosip, tahu pula rimas.

 

Gosip percintaan di antara Mira Filzah dan Zizan Razak telah lama berlarutan apabila masing-masing sering memuat naik gambar mesra bersama.
Walaupun begitu, mereka berdua tidak pernah menjelaskan hubungan sebenar mereka dan terus membuat peminat berteka-teki.

Namun, oleh kerana enggan memberi harapan palsu kepada peminat yang mendoakan, Mira tegas memberitahu cintanya bukanlah kepada Zizan.

“Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu ini kerana saya lebih selesa solo. Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta.

“Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang,” katanya, lapor sebuah akhbar mingguan.

Menyatakan dia faham peminat mahukan mereka berdua bersatu, namun kata Mira dia yakin benar hubungan yang diharap-harapkan peminat itu tidak akan menjadi realiti kerana Mira akui dia tidak mempunyai walau sekelumit pun perasaan terhadap zizan.

Terdahulu, heboh hubungan pasangan ini diperkatakan ramai malah rata-rata peminat juga sangat suka melihat kelibat mereka bersama.

sumber: myblog

Baca selanjutnya…………..

OPSSS.. NABILA RAZALI TERDESAK SANGAT KE? ADOI

Di kala ini, Mary tengah kemaruk dengan lagu Nabila Razali yang berjudul Pematah Hati tu. Ala, yang ada sebut cumi cumi cumi cumi tu. Ia buat Mary rasa terliur nak makan sotong celup tepung saja sekarang. Alahai!

Alang-alang bercakap mengenai Nabila ni, ada seorang teman berbisik. Katanya yang mana duduk sibuk-sibuk percaya yang dia sekarang sedang bercinta dengan pelakon yang suka tayang badan, Aedy Ashraf tu, sebenarnya semua kena tipu.

Eh ya ke ni? Mary tak mahulah percaya bulat-bulat apa yang dia katakan tu. Iyalah, Nabila sebelum ini pun ada cakap, yang dia sedang berkawan dan cuba kenal hati budi Aedy. Makna kata belum ke tahap bercinta bagai nak rak lagi.

Mary ada juga dengar gosip, sebenarnya Nabila sengaja menempel pada Aedy sebab ia adalah sebagai sebahagian dari strategi nak ‘up’kan diri dia dalam industri. Alah, biasalah, kalau tak ada kontroversi atau cerita panas, ingat senang ke orang nak ingat seseorang artis tu cuma dengan berdiri di atas bakat sahaja?

Ini adalah realiti hidup dalam dunia seni, kita tak sokong atau menidakkan cara Nabila tu. Tapi bagi Mary, kalau berkawan dengan sesiapa sahaja pun, biarlah ikhlas adik oii.

Jangan hadap atau nak kejar sangat bab populariti dan terkenal tu. Kadangkala tak perlu cipta kontroversi pun, seseorang artis tu boleh berjaya. Orang kata, biarlah hidup dengan kejayaan yang bermaruah, begitu.

Mungkin sebelum ini ada yang menganggap atau menggelarkan Nabila penyanyi sendu atau suam-suam kuku. Tapi itu mungkin pandangan sesetengah pihak lah.

Bagi Mary, Nabila adalah penyanyi yang bagus dan sekarang dah melakar cabang seni lakon pula. Mengagumkan! Bukan senang nak berjaya ni, dan Mary harap Nabila boleh membawa diri dengan baik sebagai anak seni. Yakin kepada bakat sendiri itu penting aduhai adik.
Video Untuk Peminat Bukan Aedy
PENYANYI lagu Pematah Hati, Nabila Razali,25, menjelaskan video sedih yang dimuat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini sekadar luahan perasaannya.

Ia sekaligus menepis dakwaan segelintir netizen kononnya video itu ditujukan buat pelakon Aedy Ashraf yang sebelum ini dikatakan bercinta dengan penyanyi terbabit.

“Saya sekadar memuat naik video itu untuk berkongsi dengan pengikut di laman instagram.

“Saya tidak tujukan video itu kepada Aedy mahupun sesiapapun,” katanya.

Terdahulu, Nabila memuat naik video luahan rasa kecewanya apabila dipermainkan seorang lelaki yang dipercayai ditujukan kepada Aedy.

“Lelaki ni memang tak pernah cukup kan?, tak kisahlah kita berkorban banyak mana, dia tetap cari lain. Harap korang tak tanya lagi pasal ni. Korang mesti pernah kena macam ni juga kan?,” katanya dalam video terbabit.

Luahan rasa itu dimuat naik pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati itu selepas beberapa jam Aedy berkongsi foto mesra dengan seorang wanita jelita ketika menghadiri sebuah acara hiburan.

 

Rata-rata netizen menganggap video berkenaan ditujukan kepada pelakon Dendam Aurora itu, malah foto terbaru yang dimuat naik oleh Aedy menerima komen peminat yang tidak berpuas hati dengan mendapat lebih 55,000 tontonan.

Ditanya sejauh mana hubungannya dengan Aedy, Nabila menjelaskan mereka sekadar rapat sebagai rakan artis.

“Kami berkenalan menerusi laman sosial dan berkawan tidak sampai sebulan.

“Harap netizen tidak lagi beri komen tidak betul kerana kami bukan pasangan kekasih.

“Saya juga tidak ada masalah jika Aedy ingin berkawan dengan wanita lain dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Mengulas tindakannya memadam gambar dan foto mesranya dengan Aedy di laman instagram, Nabila berkata, dia tidak mahu memanaskan lagi keadaan.

“Biarlah masa yang menjelaskan segala persoalan nanti,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Harian Metro, Utusan

Contact

Don't be shy, get in touch with us

56 West, 3 Street, Suite 67 Downtown LA, 123

support-team@mythemeshop.com
123-456-789