Our Blog

What we post and publish is awesome!

Lelaki Ini Menyesal Serta-merta Setelah Meminta Lelaki Kacak Menggoda Teman Wanitanya

Seorang lelaki telah meminta rancangan televisyen yang berjudul ‘To Catch A Cheater’ yang bertujuan untuk menangkap pasangan yang curang supaya membantunya untuk menguji kesetiaan teman wanitanya itu.

Menurut lelaki itu, beliau berasa pelik melihat perubahan sikap teman wanitanya sejak akhir-akhir ini dan berikutan perubahan itu, hubungan mereka semakin renggang dan teman wanitanya mula berbuat perkara ‘feminist’ yang dianggap pelik bagi diri lelaki ini, seperti memotong rambut sehingga pendek sekali.

Lelaki itu benar-benar menyayangi pasangannya dan sebenarnya sudah merancang untuk melamar temannya itu dalam masa yang terdekat.

Mereka menjalakan misi mereka sewaktu teman wanitanya telah duduk minum di sebuah kedai kopi. Seorang pelakon lelaki yang kacak telah ditugaskan untuk menggoda teman wanitanya itu dengan mulakan perbualan dan menanyakan soalan-soalan untuk mendapatkan perhatiannya.

Pelakon tersebut mula menceritakan pelbagai kejayaan beliau seperti menjadi seorang pelajar Universiti Harvard yang mengambil jurusan undang-undang, memulakan syarikat sendiri dan hobinya yang gemar gimnasium.

Teman lelaki yang sedang menonton rakaman itu dari jauh mula menangis apabila teman wanitanya itu memberikan nombornya pada pelakon lelaki tersebut. Dia hampir tidak percaya apa yang dia lihat, mengatakan bahawa teman wanitanya benar-benar telah berubah.

Contact

Don't be shy, get in touch with us

56 West, 3 Street, Suite 67 Downtown LA, 123

support-team@mythemeshop.com
123-456-789