Our Blog

What we post and publish is awesome!

Patut Elyana selalu nampak bertudung di luar “Saya sedih Elyana sanggup sembunyikan dari saya” Hazami Terkilan Dengan Elyana, Ini Puncanya..

Patut Elyana selalu nampak bertudung di luar “Saya sedih Elyana sanggup sembunyikan dari saya” Hazami Terkilan Dengan Elyana, Ini Puncanya..

Bintang Gegar Vaganza 4, Hazami, terkejut dan tidak menyangka sama sekali Elyana kini sedang berjuang dengan kanser kelenjar (lymphoma) tahap empat ketika masing-masing sedang rancak bertanding.Kata Hazami, dia terkilan apabila Elyana yang dianggap seperti adik kandungnya menyembunyikan penyakit yang dideritai daripada pengetahuan semua.

Elyana manis bertudung

“Memang saya marah. Saya marahkan Syura dan tanya dia kenapa sorok kisah Elyana daripada saya dan semua peserta lain?
“Saya juga sedih sebab dia individu yang rapat dengan saya dan sembunyikan perkara penting sebegini daripada pengetahuan saya.
“Tetapi, saya percaya Elyana ada sebab sendiri untuk berbuat sedemikian. Saya kagum dengan semangat dia dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dia,” kata Hazami.

Bagaimanapun tambah Hazami, dia perasan tentang perubahan Elyana sejak mula GV4 apabila sering kelihatan lesu dan jarang makan.

“Saya selalu bertanya pada dia, kenapa nampak letih dan kenapa jarang makan?
“Tetapi, tahu-tahulah Elyana itu macam mana. Ada saja alasan dia dan banyak berdalih.

“Sampailah malam ini, dia mengejutkan semua orang dan saya sendiri,” ujarnya sebak.
Elyana yang tersingkir pada konsert kelima GV4 malam tadi meruntun emosi ramai apabila mengumumkan dia merupakan salah seorang penghidap kanser kelenjar tahap empat dan menyeru pesakit kanser agar terus berjuang sebagaimana dia lakukan kini.

Elyana disahkan menghidap kanser itu selepas melahirkan anaknya, Cinta Sumayyah tujuh tahun lalu.

Perjuangan penyanyi Elyana di pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4) terhenti apabila diumumkan tersingkir dalam pertandingan itu yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Pada konsert minggu kelima ini, Elyana menyanyikan lagu Sepi , dendangan asal penyanyi Yuni Shara yang mendapat markah terendah daripada juri profesional.
Ia menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Datuk M.Nasir tampil sebagai juri jemputan.

“Lagu yang diberi agak mencabar, semasa menyanyikan lagu bernada tinggi kamu sangat bagus, tapi bila nada rendah agak flat dan mendatar,” kata Hetty.
Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan juri.

Elyana turut mengumumkan dia penghidap penyakit kanser. Foto Instagram @gegarvaganzaofficial.

Minggu ini bertemakan ‘kaum kerabat’  di mana setiap bintang GV4 diberi cabaran menyanyikan lagu penyanyi yang mempunyai pertalian persaudaraan sesama artis dalam industri.

Meskipun tersingkir, Elyana pulang tanpa tangan kosong apabila memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza.

Ketika membuat ucapan, Elyana turut memaklumkan dia penghidap kanser pada tahap empat dan meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu.

Menerusi laman Instagramnya dua hari lalu, Elyana turut berkongsi gambar set lengkap pengurusan jenazah yang antara lain mengandungi kain kapan di dalamnya.

Status itu membuatkan peminat memberi kata-kata semangat kepadanya yang tidak menyatakan jenis kanser dialaminya.
Bagaimanapun difahamkan ia adalah kanser limfoma iaitu berkaitan sel darah.

Dalam pada itu artis yang mara ke minggu hadapan ialah Aqasha, Firman, Hazami, Lan, Tia (Jinbara), Aishah, Liza Hanim dan Syura.
Gegar Vaganza 4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Juara Gegar Vaganza musim keempat ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara.

Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Contact

Don't be shy, get in touch with us

56 West, 3 Street, Suite 67 Downtown LA, 123

support-team@mythemeshop.com
123-456-789