Our Blog

What we post and publish is awesome!

Rakan dedah perangai Pogba, sanggup suruh kawan jangan datang rumahnya lagi gara-gara kalah main Uno


BINTANG Manchester United, Paul Pogba seorang yang amat kompetitif.

Meskipun berkawan rapat dengan pemain Chelsea, Kurt Zouma yang dipinjamkan ke Stoke City, Pogba tidak lagi membenarkan dia memasuki rumahnya selepas ditewaskan dalam permainan kad Uno.

Kedua-dua pemain itu mengenali antara satu sama lain sejak sekian lama dan sering keluar bersama-sama terutamanya selepas Zouma dipinjamkan ke Stoke City.

Namun, Zouma mendedahkan sisi sebenar Pogba di mana dia sering terbawa-bawa emosi terutamanya apabila berdepan kekalahan.

“Dia tak suka kekalahan. Apabila kami bermain kad Uno, dia tidak mahu kalah.

“Dia lelaki yang sama seperti dulu, dia tidak berubah. Tempoh hari saya pergi ke rumahnya dan menewaskannya dalam permainan itu. Dia amat marah.

“Dia tidak mahu saya datang lagi ke rumahnya lagi. Saya kata, kawan, tolonglah ia hanyalah permainan Uno,” kata Zouma.

Dalam pada itu, Zouma turut menyifatkan Pogba sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia.

“Dia memiliki segalanya. Oleh itu, ramai bercakap mengenainya kerana dia amat bagus,” kata Zouma.

Sumber: Mstar

Contact

Don't be shy, get in touch with us

56 West, 3 Street, Suite 67 Downtown LA, 123

support-team@mythemeshop.com
123-456-789